BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 28 April 2009

Selamat Jalan Kak Zue & Keluarga....

Walaupun aku beribu batu di Malaysia , aku masih menghitung hari keberangkatan pulang kak zue sekeluarga. setiap kali membaca emel atau perkhabaran keberangkatan pulang kak zue ke malaysia, aku sebak sendiri... they're leaving....

Tadi, aku menerima panggilan telefon dari marlina, after a few words kami betul2 tenggelam dalam tangisan......banyak kenangan yang tak terungkai ....aku, mar, kwan, kzue.badminton bersama, aerobik bersama, usrah bersama, carboot bersama, minum petang bersama, makan malam bersama.....apa lagi? banyakkkkkk.....

Sekiranya aku di sana pasti berjurai juga airmata...anak2 juga kehilangan teman baik.

Inilah kitaran hidup, bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah..

Anyway, TAHNIAH DR TALIB! Untuk Kak Zue sekeluarga selamat meneruskan kehidupan di Malaysia moga segalanya beroleh kesejahteraan.